Friday, 28 February 2014

Wira Dalam Kenangan , Tanduo Dalam Ingatan

Assalamualaikum W.B.T  & Salam 1 Malaysia , Esok ( 1 Mac 2014 ) genaplah setahun  Sabah di ceroboh oleh Askar Militan yag berasal dari Filipina . Penceroboh yang berasal dari Filipina telah mengakibatkan wira-wira negara gugur di Bumi Sabah . Sehingga kini , kehilangan mereka amat dirasai oleh masyarakat kita khususnya keluarga mangsa .

Namun begitu , ada sesetengah masyarakat menyatakan bahawa peristiwa yang berlaku ini hanyalah Sandiwara . Apa dia fikir ini lagu Sandiwara Cinta .  Adakah wira-wira yang terkorban ini juga adalah satu SANDIWARA ? Sebagai seorang insan biasa , saya terasa amat ter'touching' akibat statement mereka bahkan saya sendiri telah mengalami pengalaman ini sendiri . 

Al-Fatihah untuk semua Wira .







Aku Lahir Di SABAH , Aku Membesar Di SABAH , JADI Kenapalah Bha

Thursday, 27 February 2014

Felixia Yeap Selesa Berhijab



Felixia Yeap  seorang Model Playboy Malaysia , kini selesa berhijab tanpa memeluk Islam . Beliau telah mengambil keputusan memakai hijab sebagai fesyen . Namun terdapat pelbagai reaksi negatif muncul daripada orang awam samada Islam mahupun Bukan Islam .

Beliau telah di kritik oleh peminat beliau di Facebook . Malah ada yang menngutarakan bahawa beliau tidak menghormati Islam . Astagfirullah , Sepatutnya kita hendaklah mendoakan beliau agar mendapat hidayah . Bagi Pendapat saya , beliau lebih cantik berhijab berbanding dirinya sebelum berhijab . Beliau juga berhasrat untuk mempelajari ilmu agama ( Assalamualaikum TV9 ). Alhamdulillah ini menunjukkan ALLAH S.W.T  telah menunjukkan kuasanya dengan membuka pintu hati beliau .

Dunia Oh Dunia ! Pelik Sungguh Zaman Sekarang Ini . Orang Non - Muslim Memegang Watak Seorang ISLAM Dalam Drama Kita MARAH . Sedangkan Orang Islam Berlakon Tayang Aurat Sana Sini Kita Hanya Diam Seperti Ada Emas Di Dalam Mulut Kita . Nauzubillah !










You look so good  with your hijab . Good Job Babe

Ceh ayat aku  sungguh dramatis , cubalah masa SPM aku buat mcm ni . . .

Monday, 20 January 2014

AKIKAH DAN KORBAN



Maksud

Akikah
★  Menyembelih binatang ternakan pada bila-bila masa sebagai tanda kesyukuran sempena 

kelahiran bayi


Korban

★  Menyembelih binatang ternakan yang dilakukan pada hari aidiladha atau hari tasyrik 

dengan tujuan beribadat


Hukum Akikah dan Korban 


★ Sunat Muakkad


Daging


★  Akikah - Masak manis & buat jamuan

★  Korban - Setiap 1/3 kepada fakir miskin , orang ramai dan orang yang berkorban


Umur binatang yang dijadikan Korban/Akikah


★ Biri-biri / Kibas - setahun/ ganti gigi

★  Kambing - 2 Tahun

★ Lembu , Sapi , Kerbau - 2 Tahun

★ Unta - 5 Tahun

















Sembelihan

Assalamualaikum hari ni aku mau post mengenai bab sembelihan . Bab nie adalah bab Kesukaan ramai terutamanya aku . Bab ni aku paling suka sebab bab ni lagi senang dari Sirah . haha . ok straight to the point . . . 




Maksud sembelihan 

★  Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memotong urat halkum dan 

marik menggunakan benda yang tajam









Perkara-perkara makruh

★ Tidak menyembelih binatang di hadapan binatang lain

★ Menggunakan alat yang tumpul

★ Mematahkan leher binatang sebelum hilang nyawanya

★ Tidak menghadap kiblat

★ Tidak membaca Basmallah



ok tengok gambar diatas ni . jangan kita macam gambar di atas sudah . .hehe


Syarat Sah Sembelihan

★ Penyembelih 

♣ Islam

♣ Tidak dalam ihram


★Binatang yang disembelih

♣ Halal
♣ Mati sekali sembelihan
♣ Putus urat halkum dan urat marik


★ Alat sembelihan

♣ Benda yang tajam kecuali gigi , tulang ,kuku











Sunday, 19 January 2014

Enjin Petrol 4 Lejang

Hye assalamualaikum ,
hari ni aku nak Post pasal Lejang . alaa lejang bab Tingkatan 5 tu . Ok sebelum tu aku Intro bab Lejang nie . Lejang ada dua iaitu Enjin 2 lejang dan Enjin 4 lejang . Enjin 4 lejang ada dua jenis pertama Petrol dan kedua Diesel .

Perbezaan antara kedua-dua Lejang ini ialah Enjin Petrol 4 Lejang Mempunyai Palam Pencucuh manakala Enjin DIesel 4 Lejang Tiada Palam Pencucuh . ok itu jak lah perbezaannya . 






Cara Mudah Untuk Mengingat Lejang Petrol :

1) Pengambilan/Aruhan 
★ Papa datang Buka depan

2) Mampatan 
★ Mama datang Tutup Pintu

3) Kuasa 
★ Kakak datang kentut (Palam Pencucuh menyala)

4) Ekzos 
★ Adik datang buka belakang

Senangkan ?? tak tahulah cara kamu mengingat lejang nie , tP aq guna formula nie tym aku nak jawab paper Sains SPM 2013 , Alhamdulillah aku dan kawan-kawan aku pun dapat jawab soalan Lejang ni .  Kalau Tak Faham sangat singgah kat blog nie -->> SINI

** SAMPAIKANLAH DARIKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT **



Tuesday, 7 January 2014

Rukun Haji

Nak - Niat
Wang - Wukuf
Tapi - Tawaf
Saya - Saie
Berat - Bercukur
Tulang - Tertib

Warna Pelangi

Michael - Merah
Jackson - Jingga
Kejar - Kuning
Hantu - Hijau
Bawa - Biru
Ikan - Indigo
Udang - Ungu

Wednesday, 1 January 2014

Cara Mudah Untuk Menghafal Siri Kereaktifan Logam


Kalau - Kalium
Nak - Natrium
Kasut - Kalsium
Mahal - Magnesium
Adidas - Aluminium
Zaid - Zink
Beli - Besi (Iron/Ferum)
Sepuluh - Stanum (Timah)
Pasang - Plumbum
Kasut - Karbon
All - Argentum
America - Aurum (Emas)

Belajar Kereta

Assalamualaikum , Hari ni aku mau post pasal driving . . . cehh . . .aku nie taklah pandai sangat nak bawa kereta tapi aku kena belajar . . .Sebelum aku ambil lesen akku berguru dengan ayah aku . . . aku belajar bawa kereta exora automatik . . .Alhamdulillah ok juga , cuma aku tak berapa mahir untuk putar-putar 'stereng' . . . hari tu aku bawa kereta , habis baju aku basah akibat dek peluh yang tidak berhenti berlinangan . . . apa taknya berpeluh , al-maklumlah teruja bawa kereta . . .dan lagi satu aku ni tak pandai nak pegang 'stereng' . . . coz keras sangat tangan aku tym pegang 'sterng' takut msuk longkang . . hehehe. . . sampai sini jak lah coretan aku yang tak seberapa ini . . . assalamualaikum